About KRT Luyang
(Rukun Tetangga Kawasan Luyang)
A Community Neighbourhood-Watch Centre,is a regional centre in Luyang under JPNIN dedicated to serve the community .
Saturday, October 16, 2010
Pesta Kuih Bulan 'Tang-lung' Tahun 2010
Created with Admarket's flickrSLiDR.
More photos with KRT Luyang facebook
Malam Pesta Kuih Bulan 'Tang-lung' di Puasat Kawasan Rukun Tetangga Luyang
Rukun Tetangga Luyang telah meyelaras sambutan malam Perayaan Kuih Bulan,lebih dikenali "Pesta Kuih Bulan 'Tang-lung'" di Pusat KRT Luyang pada 12 Okt,2010. Kanak-kanak,ibubapa,juga penduduk-penduduk dan pemimpin-pemimpin tempatan dijemput menghadiri sambutan tersebut.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasionl (JPNIN) Sabah,Puan Nurul Akmalina Shamsuddin dan tetamu khas Yang Berbahagia Puan Melanie Chia,Adun Luyang Sabah sama-sama dijemput oleh pihak Penganjur menyertai Pesta kali ini.
Ini pertama kali seorang pegawai tertinggi dan pegawainya dari JPNIN Sabah mengunjungi aktiviti-aktiviti tahunan bersama penduduk-penduduk sekeliling di kawasan Luyang.Difahamkan beliau berasal dari negeri Perak dan ibunya keturunan bangsa Cina.
Maka beliau cukup megerti budaya keturunan kaum Cina.Sebelum ke Sabah beliau juga selalu mengunjungi banyak perayaan seperti ini dan berintegrasi dengan kaum tempatan di negeri-negeri semenanjung.Bagi pihak KRT Luyang dan juga Yang Berbahagia Puan Melanie Chia bergembira bersama seorang pengarah yang cukup mengertikan budaya sering mendekati penduduk-penduduk tempatan.
Seumpamanya,dalam ucapan Pengarah JPNIN Sabah berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti dalam komuniti seperti perayaan tahunan tahun baru Cina,Aidilfitri,Deepavali patut sentiasa diadakan dengan cukup meria di Sabah seperti yang terdapat di kawasan atau negeri-negeri lain di Malaysia.Ini akan boleh merapatkan hubungan antara golongan penghuni tempatan,ibubapa dan kanak-kanak lebih memahami budaya berlainan antara kaum-kaum kita.Ini satu kelebihan dapat dicapai dalam program 1Malaysia terkini.Disamping itu aturcara macam mengajar atau cara membuat tanglung untuk kanak-kanak juga boleh disertakan.Beliau berpendapat memang senang kata tapi bukan senang hendak melaksanakannya untuk perpaduan dalam masyarakat.
Seterusnya,tetamu yang hormati Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan Luyang,Yang Berbahagia Puan Melanie Chia Chui Ket dengan ucapannya menceritakan sejarah budaya 'pesta tang-lung' dan tujuan pesta ini untuk fahaman generasi kanak-kanak dan semua hadirin.Beliau berharap perayaan ini akan dapat diamalkan oleh semua kaum dan kaum-kaum berlainan,merapatkan hubungan berkerjasama sambil bergotong-royong antara mereka,dan mencapai tujuan hidup berdamai terus maju pada kemasyarakatan kita di Malaysia.Digalakkan beliau juga budaya perayaan begini patut diteruskan bagi generasi akan datang demi perpaduan kaum.
Kemudian dalam ucapan Pengerusi Rukun Tetangga Luyang Yang Berusaha Tuan Benny Quek berkata aktiviti perhimpunan begini juga bertujuan supaya penduduk-penduduk di kawasan dapat berjumpa pemimpin-pemimpin mereka maka pihak pemimpin akan lebih memahami masaalah tempatan dan kehidupan di kawasannya.Ini antara satu tujuan bagi pihak Kawasan Rukun Tetangga berkhidmat secara sukarela mementingkan perpaduan kaum Malaysia.
Di Pesta kali ini pihak penganjur juga sediakan jamuan ringan,makanan dan program-program riang meria untuk semua yang hadir.
Sekian disempurnakan berita ini.Terima kasih kepada sokongan semua tetamu khas kita dan hadirin ke majlis pesta kali ini.
Berita oleh pihak Kawasan Rukun Tetangga Luyang
Labels:
Activities,
Community,
Culture festivals,
Nation Focus
'Extract & usage of any other articles from available press, media, or photograph with its content or personality will remain in its relevant
intention as being reflected true and be truly as for public information or its own original purpose respectively.
To disclaim hereby at all of any wrong interpretaion by any party or parties for good intent to include published articles in the blog. Reading will be at reader's own discretion or ethical mind in respect to the blog and articles or putting any comment if any legally or wrongful at own individual risk!'